Skip to main content

Dewan Perniagaan Artis, Selebriti bantu usahawan artis

DPA ARTIS MENIAGA
PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor (tengah) selepas melakukan gimik perasmian Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN

KUALA LUMPUR 4 Dis - Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA) yang dilancarkan hari ini bertujuan membantu golongan artis yang bercita-cita bergelar usahawan namun kurang pengalaman serta kekangan modal. 

DPA yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan atas inisiatif presidennya, Datuk Shahrul Nizam Yunos yang menghimpunkan golongan selebriti yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk bergiat lebih serius dalam perniagaan berskala besar. 

Seramai sembilan selebriti sudah mendaftar sebagai ahli tetap seperti Farid Kamil, Bront Palarae, Hazama, Hafiz, Akim, Stacy, Diana Danielle, Wan Hanafi Su dan Soffi Jikan. 

Turut hadir Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah serta Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim.- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/dewan-perniagaan-artis-selebriti-bantu-usahawan-artis-1.566263#ixzz5FiqcQbDk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular Posts