DEWAN Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA) dilancar 4 Disember 2017

DEWAN Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA) yang dilancarkan hari ini akan menjadi platform untuk selebriti tanah air bergelar usahawan berskala besar.

Pengerusinya, Diana Danielle Danny Beeson berkata, selain menyediakan bimbingan ilmu perniagaan, DPA juga menyediakan bantuan dana dan modal kepada anggota bagi membolehkan mereka menjalankan projek

"Ini merupakan peluang artis untuk menguruskan perkara di luar bidang seni, di peringkat permulaan kita akan bantu mereka yang menjalankan projek kerajaan dalam sektor pembinaan dan pembekalan,” katanya pada majlis pelancaran dewan itu di sini, hari ini

Turut hadir Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Samat Kasah; Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Suriyati Ibrahim dan Presiden DPA, Datuk Shahrul Nizam Yunos.

Diana Danielle berkata, dewan itu juga akan memastikan artis yang telah berjaya dibimbing menjadi mentor kepada artis baharu dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan selebriti.
"Setakat ini kita ada sembilan selebriti termasuk saya yang sudah mendaftar sebagai ahli tetap. Mereka yang lain ialah Farid Kamil, Bront Palarae, Hazama, Hafiz Suip, Akim Ahmad, Stacy Anam, Wan Hanafi Su dan Soffi Jikan,” katanya sambil enyasarkan keahlian seramai 200 orang dalam tempoh lima tahun. - Bernama

Comments

Popular Posts