Ikrar Bebas Rasuah!



KUALA LUMPUR, 4 Disember – Dewan Perniagaan Artis & Selebriti (DPA) telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini di Suria on Hotel Royale Chulan Damansara.
Lafaz IBR telah diketuai oleh Pengerusi DPA, Puan Diana Danielle Danny Beeson dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Dato’ Hj Abdul Samat Kasah.
Turut serta dalam lafaz IBR tersebut ialah, Presiden DPA, Dato Shahrul Nizam Mohd Yunus bersama barisan artis termasuk Bront Palare, Soffi Jikan, Akim, Hafiz Suib,   Hazama, Farid Kamil dan Wan Hanafi Su.
Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pn Surayati Ibrahim, Pegawai Tugas Tugas Khas YAB Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor bersama dengan dif dif jemputan dan rakan artis yang lain.

Comments

Popular Posts